29 Disember 2022- Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH) merangkul 4 Anugerah :
1- Anugerah Pentadbiran Cemerlang Sektor Perkidmatan APEC (EMAS)
2- Anugerah Pensijilan Anti Bribery Management System (ABMS)
3- Anugerah Pencapaian Cemerlang Pengurusan Amalan Nilai
4- Anugerah Digital (Tempat Ketiga)
Majlis Anugerah Pahang 1st (APF) yang telah diadakan dengan penuh berprestij malam tadi di Dewan Majlis Bandaraya Kuantan yang dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdi Wan Ismail.
Anugerah Pahang 1st 2022 diperkenalkan buat julung kalinya oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang (SUK) Pahang sebagai usaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatan awam. Ia adalah satu bentuk penghargaan yang merupakan pengiktirafan tertinggi Kerajaan Negeri Pahang kepada perkhidmatan terbaik antara terbaik di kalangan perkhidmatan awam Negeri Pahang yang telah mempamerkan prestasi tadbir urus yang cemerlang dalam penyampaian perkhidmatan.
Terima kasih kepada wargakerja MDCH yang telah menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan baik dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan pengiktirafan ini.
Juga setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Pengurusan Atasan MDCH yang sentiasa memberi idea bernas dan menyokong segala usaha MDCH selama ini.