MENU

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Selamat datang ke Laman Web Majlis Daerah Cameron Highlands. Maklumat di dalam laman web ini merupakan salah satu usaha untuk memberikan informasi mengenai perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan oleh Majlis Daerah Cameron Highlands kepada masyarakat serta program dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Majlis Daerah Cameron Highlands dari semasa ke semasa.

Saya dan warga kerja Majlis Daerah Cameron Highlands merakamkan ucapan terima kasih kepada pengunjung yang sudi melayari laman web ini. Saya mengalu-alukan pandangan yang membina untuk memantapkan lagi paparan informasi laman web ini khususnya serta mempertingkatkan lagi penyampaian sistem perkhidmatan awam. Semoga informasi di laman web ini dapat dijadikan sebagai sumber rujukan, membantu dan memberi manfaat kepada semua pihak.

Sehubungan dengan itu juga, dikesempatan ini saya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua warga kerja Majlis Daerah Cameron Highlands yang telah menyumbangkan fikiran dan tenaga dalam usaha membangunkan laman web ini.

Sekian,Terima Kasih.

Yang Dipertua

Dato Zainal Abidin b. Md Amin, DIMP.,AMP.
Majlis Daerah Cameron Highlands

Kemaskini Terakhir: Khamis, 6 Julai 2017 - 12:53pm