MENU

Tidak lengkap percutian anda di sini tanpa melawat ladang strawberi di Cameron Highland. Anda dapat merasai strawberi segar dan berjus yang boleh dipetik sendiri terus dari ladangnya.

Terdapat lebih daripada 7 buah ladang strawberi di Cameron Highland yang dibuka kepada orang awam. Berkunjung ke lading-ladang strawberi di sini memberikan pengalaman yang cukup indah.

Selain dari memetik sendiri buahnya yang masak meranum, para pengunjung boleh mencuba pelbagai makanan berasaskan strawberi yang sungguh enak. Antaranya strawberi celup coklat, kek strawberi, lempeng strawberi, aiskrim strawberi dan lain-lain lagi.

Cuaca dan persekitaran yang sejuk dan nyaman menjadikan strawberi hidup subur di Cameron Highland. Tidak hairanlah jika Cameron Highland bagaikan syurga strawberi di Malaysia.

Kemaskini Terakhir: Isnin, 30 Ogos 2021 - 1:26pm