MENU
MAJLIS DAERAH CAMERON HIGHLANDS ANJUR HARI MDCH BERSAMA PELANGGAN & SESI TOWNHALL BAGI MEMPERKASA PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN
 
Sumber berita : Majlis Daerah Cameron Highlands
Foto oleh : Unit Perhubungan Awam dan Pembangunan Masyarakat, MDCH
 
CAMERON HIGHLANDS, 29 Januari 2026 – Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH) telah menganjurkan Hari MDCH Bersama Pelanggan bertempat di Dewan Puncak Arabella, Tanah Rata, bermula pukul 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari, hari ini.
 
Program ini bertujuan memperkukuh hubungan antara Pihak Berkuasa Tempatan dan komuniti setempat di samping menyediakan platform perkhidmatan yang lebih mudah, telus dan mesra pelanggan. Pelbagai booth pameran serta perkhidmatan daripada MDCH dan agensi daerah Cameron Highlands telah disediakan bagi memudahkan urusan orang awam secara berpusat.
 
Antara perkhidmatan yang menjadi tumpuan ialah Kaunter Pengurangan Kompaun MDCH yang dibuka khas sepanjang program berlangsung, sekali gus memberi peluang kepada orang ramai untuk mendapatkan maklumat serta menyelesaikan urusan berkaitan secara terus.
 
MDCH berhasrat agar penganjuran program ini dapat dilaksanakan secara bulanan sebagai langkah proaktif dalam meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan serta memastikan keperluan dan kebajikan pelanggan sentiasa diberi perhatian.
 
Dalam masa yang sama, MDCH turut mengadakan sesi townhall bersama orang awam. Sesi ini memberi peluang kepada orang awam untuk menyuarakan pandangan, cadangan serta maklum balas secara bersemuka dengan pihak pengurusan tertinggi MDCH.
 
Para panel bagi sesi townhall ini terdiri daripada Tuan Rudyfasla bin Hj. Mujid, Yang Dipertua MDCH, Tuan Mazlan bin Mohamed Isa, Setiausaha MDCH serta Ahli-ahli Majlis MDCH yang juga merupakan Area Officer Tanah Rata. Kehadiran barisan kepimpinan ini mencerminkan komitmen MDCH dalam mendengar suara rakyat dan menambah baik perkhidmatan serta kemudahan awam di Cameron Highlands.
 
Majlis Daerah Cameron Highlands merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua jabatan serta agensi yang telah memberi sokongan dengan membuka booth pameran dan perkhidmatan sepanjang program ini berlangsung.
 
MDCH juga mengucapkan terima kasih kepada seluruh warga Cameron Highlands atas sokongan dan penyertaan yang diberikan. Kerjasama erat semua pihak amat penting dalam memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, berkesan dan berterusan demi kesejahteraan masyarakat.
 

hbp&th

hbp&th

hbp&th

hbp&th

hbp&th

hbp&th

hbp&th

hbp&th

hbp&th

hbs&th

hbs&th

hbs&th

Kemaskini Terakhir: Selasa, 3 Februari 2026 - 2:37pm