Sumber berita : Majlis Daerah Cameron Highlands
Foto oleh : Unit Perhubungan Awam dan Pembangunan Masyarakat, MDCH
CAMERON HIGHLANDS, 14 April 2026 — Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH) telah mengadakan Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Bilangan 1 bagi tahun 2026 yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Nur Ilham, MDCH.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Yang Dipertua MDCH, Tuan Rudyfasla bin Hj. Mujid. Turut hadir ialah Setiausaha MDCH, Encik Mazlan bin Mohamed Isa, barisan Ahli Jawatankuasa (AJK), pihak pengurusan serta wakil-wakil pekerja daripada jabatan/bahagian/unit dalaman MDCH.
Mesyuarat MBJ ini diadakan sebagai platform rasmi bagi membincangkan hal-hal berkaitan kebajikan, perkhidmatan serta kepentingan bersama antara pihak pengurusan dan warga kerja MDCH. Ia juga bertujuan memperkukuhkan hubungan dua hala dalam usaha meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat setempat.
Antara perkara yang dibincangkan termasuk penambahbaikan persekitaran kerja, kebajikan kakitangan, cadangan peningkatan produktiviti serta isu-isu semasa yang melibatkan operasi jabatan. Semua pandangan dan cadangan yang dikemukakan oleh wakil pekerja telah diberi perhatian serius oleh pihak pengurusan.
Mesyuarat berakhir dengan komitmen bersama untuk memperkasakan lagi peranan MBJ sebagai medium komunikasi yang berkesan serta memastikan kebajikan warga kerja sentiasa terpelihara selaras dengan matlamat pembangunan organisasi.













