MENU

 

Sumber berita : Majlis Daerah Cameron Highlands

Foto oleh : Unit Perhubungan Awam dan Pembangunan Masyarakat & Jabatan Perancangan, MDCH

CAMERON HIGHLANDS, 20 April 2026 (Isnin) - Satu Sesi Perbincangan Kumpulan Bersasar (Focus Discussion Group -FGD) berkaitan dengan Kajian dan Penyediaan Pelan Tindakan Bandar Pintar Daerah Cameron Highlands.

FGD tersebut melibatkan penyertaan daripada pelbagai pihak yang mewakili jabatan dan agensi kerajaan Persekutuan, Negeri dan Daerah Cameron Highlands termasuk para pegawai Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH) sendiri, ahli-ahli majlis, anak-anak syarikat (GLC), Kerajaan Pahang, syarikat-syarikat swasta, badan-badan bukan kerajaan (NGO), persatuan, jawantankuasa dan komuniti penduduk tempatan dan firma-firma penyedia perkhidmatan teknologi pintar di Malaysia.

Tujuan FGD tersebut diadakan adalah bagi membincangkan arah masa depan dan hala tuju perancangan serta pembangunan bandar pintar di Cameron Highlands pada masa akan datang dengan mendapatkan maklumbalas daripada semua pihak berkepentingan dan orang awam.

Sesi FGD tersebut dirasmikan pembukaannya oleh Tuan Rudyfasla bin Mujid, Yang Dipertua MDCH dan perasmian penutup pula oleh Tuan Mazlan bin Mohamed Isa, Setiausaha MDCH.

Terdapat 3 pembentangan sebelum sesi FGD dimulakan iaitu Aspirasi Bandar Pintar Malaysia oleh wakil Pusat Perancangan Bandar Pintar PLAN Malaysia. Seterusnya diikuti dengan pembentangan Blue Print Bandar Pintar Negeri Pahang 2040 dan yang terakhir adalah pembentangan Cameron Highlands Ke Arah Penarafan Smart City Early Adopter oleh pihak Pusat Perancangan Bandar Pintar PLAN Malaysia.

Terdapat 3 kumpulan FGD berdasarkan tema yang ditetapkan iaitu Kumpulan 1 : Kerajaan Pintar dan Infrastruktur Digital, Kumpulan 2 : Persekitaran dan Masyarakat Pintar dan Kumpulan 3 : Gaya Hidup dan Ekonomi Pintar.

Setiap kumpulan berdasarkan tema-tema tersebut akan memberikan pandangan, cadangan dan maklum balas yang akan dijadikan asas kepada penilaian dan strategi-strategi ke arah pelaksanaan konsep dan inisiatif Bandar Pintar (Smart City) bagi Daerah Cameron Highlands pada masa hadapan termasuk ke arah penarafan awal iaitu Smart City Early Adopter menjelang tahun 2030.

MDCH merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak PLAN Malaysia semua peserta yang telah memberikan sambutan hangat dan kerjasama yang terbaik sepanjang FGD tersebut berlangsung.

Semoga sesi FGD tersebut menjadi titik tolak dan perintis kejayaan kepada Daerah Cameron Highlands ke arah pembangunan yang lebih berteknologi pintar, hijau dan lestari pada masa akan datang.

PLAN

PLANPLAN

PLAN

PLAN

PLAN

PLAN

PLAN

PLAN

PLAN

PLAN

PLAN

Kemaskini Terakhir: Khamis, 23 April 2026 - 4:00pm