MENU

831545393_122186470118619683_8584646606299577646_n.jpg

PEMAKLUMAN PENUTUPAN LALUAN PENDAKIAN GUNUNG JASAR – KAMPUNG SUNGAI UBI, CAMERON HIGHLANDS

Dimaklumkan bahawa laluan pendakian Gunung Jasar ke Kampung Sungai Ubi ditutup sepenuhnya berikutan kejadian tanah runtuh dan hakisan tanah yang serius di sepanjang laluan berkenaan.

Keadaan laluan yang tidak stabil dan berbahaya boleh mengancam keselamatan pendaki. Sehubungan itu, semua pendaki diminta untuk tidak memasuki atau menggunakan laluan tersebut.

Pihak pejabat ini memohon kerjasama semua pendaki agar mematuhi arahan penutupan yang telah ditetapkan demi keselamatan bersama.

Keselamatan pendaki adalah keutamaan kami.
 

Kemaskini Terakhir: Selasa, 6 Oktober 2026 - 8:06am