MENU

 

Sumber Berita: Majlis Daerah Cameron Highlands

Foto Oleh: Unit Perhubungan Awam dan Pembangunan Masyarakat, MDCH

CAMERON HIGHLANDS, 10 April 2026 – Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH) telah menerima kunjungan hormat daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia dalam satu sesi pertemuan rasmi yang berlangsung di pejabat Yang Dipertua MDCH.

Rombongan tersebut telah diketuai oleh Encik Shahrul Amin bin Abu Bakar, Pengarah Operasi Negeri, Seksyen Khidmat Pelanggan HASIL, Pahang bersama beberapa pegawai kanan yang lain. Ketibaan rombongan telah disambut mesra oleh Yang Dipertua MDCH, Tuan Rudyfasla bin Hj. Mujid, Setiausaha MDCH, Encik Mazlan bin Mohamed Isa dan Ketua Jabatan Perbendaharaan MDCH, Puan Siti Zaleha binti Ab. Ghani.

Kunjungan hormat ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan strategik antara LHDN dan MDCH, di samping membincangkan potensi kerjasama dalam aspek penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat, khususnya berkaitan kesedaran percukaian serta inisiatif meningkatkan tahap pematuhan cukai dalam kalangan komuniti setempat.

Selain itu, perbincangan turut menyentuh usaha-usaha memperkukuh saluran komunikasi antara kedua-dua pihak bagi memastikan maklumat berkaitan percukaian dapat disampaikan secara lebih efektif kepada orang awam, selaras dengan aspirasi kerajaan dalam meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam.

Majlis diakhiri dengan sesi pertukaran cenderamata sebagai tanda penghargaan serta simbolik kepada jalinan kerjasama yang erat antara kedua-dua pihak.

Diharapkan melalui kunjungan ini, hubungan kerjasama yang terjalin akan terus diperkukuhkan demi manfaat bersama, khususnya dalam mempertingkatkan kesejahteraan dan kesedaran masyarakat di Cameron Highlands.

lhdn

lhdn

lhdn

lhdn

lhdn

lhdn

Kemaskini Terakhir: Khamis, 23 April 2026 - 4:00pm