MESYUARAT JAWATANKUASA PUSAT SETEMPAT (OSC) MAJLIS DAERAH CAMERON HIGHLANDS BILANGAN 5 TAHUN 2026
Sumber : Majlis Daerah Cameron Highlands
Foto oleh : Unit Pusat Setempat, MDCH
CAMERON HIGHLANDS, 4 Mac 2026 - Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH) Bilangan 5 Tahun 2026 telah diadakan secara hybrid di Bilik Mesyuarat Nur Ilham, MDCH hari ini.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Yang Dipertua MDCH, Tuan Rudyfasla bin Haji Mujid dan turut dihadiri oleh Setiausaha MDCH, Tuan Mazlan bin Mohamed Isa, Ahli-ahli Majlis MDCH, agensi teknikal luaran serta wakil-wakil jabatan teknikal dalaman yang berkaitan.
Sebanyak empat (4) kertas mesyuarat dan 35 perkara berbangkit telah dibincangkan dalam mesyuarat tersebut.
Mesyuarat ini diadakan sebagai medium untuk menyelaraskan pandangan serta maklum balas daripada agensi-agensi teknikal yang berkaitan bagi memastikan cadangan pembangunan dapat dilaksanakan secara sistematik, teratur dan lestari.












