MENU
MESYUARAT PEMANTAUAN CADANGAN PROJEK-PROJEK KERAJAAN DI DALAM RANCANGAN TEMPATAN DAERAH CAMERON HIGHLANDS 2030.
 
Sumber berita : Majlis Daerah Cameron Highlands
Foto oleh : Jabatan Perancangan, MDCH
 
CAMERON HIGHLANDS, 28 Januari 2026 - Satu Mesyuarat Pemantauan Projek-Projek Kerajaan Di Dalam Rancangan Tempatan Daerah Cameron Highlands 2030 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Nur Ilham.
 
Mesyuarat tersebut melibatkan Pejabat Projek Zon Timur PLAN Malaysia, PLAN Malaysia Pahang dan Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH) bersama dengan semua agensi teknikal yang terlibat. Mesyuarat dipengerusikan secara bersama oleh Yang Dipertua MDCH, Tuan Rudyfasla bin Hj. Mujid dan Pengarah Pejabat Projek Zon Timur PLAN Malaysia, Tuan TPr Norjafni bin Zainuddin.
 
Mesyuarat bertujuan untuk memantau prestasi pematuhan pelaksanaan semua projek kerajaan dari tarikh mula Rancangan Tempatan Daerah Cameron Highlands 2030 diwartakan pada penghujung tahun 2019 sehingga ke tahun 2025 untuk tempoh 6 tahun.
 
Berdasarkan verifikasi dan pengesahan daripada jabatan dan agensi teknikal berkaitan, Daerah Cameron Highlands telah mencatatkan prestasi yang agak memberangsangkan iaitu sekitar 60% pencapaian bagi tempoh 6 tahun sebelum berbaki 4 tahun lagi sehingga tempoh Rancangan Tempatan Daerah Cameron Highlands 2030 sedia ada akan berakhir pada penghujung tahun 2030.
 
Semoga prestasi pelaksanaan semua cadangan projek kerajaan di dalam rancangan tempatan tersebut dapat dipertingkatkan lagi sebelum tamat tempoh rancangan tempatan pada tahun 2030 dan sebelum penggantian rancangan tempatan untuk tempoh perancangan pembangunan baru selanjutnya.
 

mpcppk

mpcppk

mpcppk

mpcppk

mpcppk

Kemaskini Terakhir: Khamis, 5 Februari 2026 - 4:36pm