MENU

 

SESI LIBAT URUS BERSAMA PENYEWA PREMIS DAN MEJA PASAR TANAH RATA, MAJLIS DAERAH CAMERON HIGHLANDS

Sumber : Majlis Daerah Cameron Highlands

Foto oleh : Unit Perhubungan Awam dan Pembangunan Masyarakat, MDCH

CAMERON HIGHLANDS, 5 Jun 2025 – Majlis Daerah Cameron Highlands telah mengadakan satu sesi libat urus bersama para penyewa Pasar Awam Tanah Rata bertempat di Dewan Puncak Arabella pada petang ini. Sesi ini bertujuan untuk membincangkan cadangan menaik taraf pasar awam tersebut serta kerja-kerja berkaitan yang bakal dilaksanakan dalam masa terdekat.

Sesi tersebut telah dipengerusikan oleh Ahli Majlis MDCH, Encik Aidil Adli bin Jalaluddin. Turut hadir ialah barisan Ahli Majlis MDCH yang lain termasuk Encik Bah Long Siang bin Bah Abu, Puan Masliana binti Ahmad, Encik Umarddin bin Mustafa, Encik Wan Shohaimi bin Wan Ismail dan Encik Muhammad Razelan bin Rozali. Pihak kontraktor pelaksana, Naso Telang Enterprise serta ketua-ketua jabatan/bahagian/unit dalaman MDCH turut hadir bagi memberikan penerangan serta menjawab pertanyaan daripada para penyewa.

Projek naik taraf Pasar Awam Tanah Rata ini dijadualkan bermula pada 20 Jun 2025 dan dijangka siap sepenuhnya pada 9 Oktober 2025. Pelaksanaan projek ini adalah antara inisiatif pihak MDCH dalam menyediakan kemudahan yang lebih selesa, bersih dan sistematik kepada para peniaga serta pengunjung pasar.

Seramai 23 orang penyewa telah hadir dalam sesi libat urus ini. Pelbagai isu dan cadangan telah dikemukakan termasuk kebajikan peniaga semasa tempoh kerja-kerja naik taraf dijalankan. Pihak MDCH menzahirkan komitmen untuk memastikan segala proses berjalan dengan lancar dan mengambil kira pandangan semua pihak yang terlibat.

Majlis Daerah Cameron Highlands mengucapkan penghargaan atas kerjasama yang diberikan oleh para penyewa dan menyeru semua pihak untuk terus memberikan sokongan dalam usaha memajukan kemudahan awam di daerah Cameron Highlands.

pasar

pasar

pasar

pasar

pasar

pasar