MENU
TAKLIMAT DAN CABUTAN UNDI TAPAK BAZAR RAMADAN 2026 / 1447H
 
CAMERON HIGHLANDS, 5 Februari 2026 – Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH) telah mengadakan Taklimat dan Cabutan Undi Tapak Bazar Ramadan 2026 / 1447H pada pukul 9.30 pagi hari ini bertempat di Dewan Puncak Arabella, Tanah Rata.
 
Program ini dianjurkan bertujuan memberi penerangan berkaitan syarat, peraturan serta pengurusan tapak bazar Ramadan kepada para peniaga yang telah memohon. Selain itu, program ini juga memastikan proses pemilihan tapak dilaksanakan secara telus, adil dan berintegriti melalui kaedah cabutan undi.
 
Majlis dimulakan dengan sesi taklimat yang merangkumi aspek pengurusan kebersihan, keselamatan makanan serta pematuhan peraturan sepanjang operasi bazar Ramadan. Pendekatan ini diambil bagi memastikan bazar Ramadan dapat beroperasi dalam keadaan tersusun, selamat dan selesa kepada peniaga serta pengunjung.
 
Program ini telah dipengerusikan oleh Encik Mohd Yusoff bin P. Abdul Satar, Ahli Majlis MDCH. Taklimat turut disampaikan oleh Encik Muhammad Safwan Izzat bin Rosli, Ketua Jabatan Kesihatan Awam dan Perkhidmatan Perbandaran MDCH, Encik Azlifaizal bin A. Aziz, wakil Pejabat Kesihatan Daerah Cameron Highlands serta Encik Muhamed Redzuan bin Mat Yusoof, Pengurus Cawangan SWCorp Cameron Highlands. Turut hadir mengiringi ialah Tengku Fareeq bin Tengku Abdul Malik, Penolong Pengurus Cawangan SWCorp Cameron Highlands.
 
MDCH berharap penganjuran bazar Ramadan bagi tahun 2026 ini dapat berjalan dengan lancar serta menyediakan persekitaran perniagaan yang teratur, bersih dan kondusif di samping memberi kemudahan terbaik kepada pengunjung sepanjang bulan Ramadan yang mulia.
 

tdcutb

tdcutb

tdcutb

tdcutb

tdcutb

tdcutb

tdcutb

tdcutb

tdcutb

tdcutb

Kemaskini Terakhir: Khamis, 5 Februari 2026 - 4:36pm