MENU

 

Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH) mempelawa individu atau syarikat tempatan yang berminat untuk memajak 2 unit hartanah eksklusif – No. 1A dan 1B Golf Villa, Tanah Rata, bagi tujuan pengurusan dan pembangunan cadangan perniagaan yang bersesuaian.

Cadangan terbuka!

Penggunaan tidak terhad kepada homestay sahaja — sebarang idea yang mematuhi peraturan dan garis panduan adalah dialu-alukan!

Kelebihan hartanah ini:

Unit baru dengan keluasan luas dan bilik yang banyak

Pemandangan indah Padang Golf Cameron Highlands dari balkoni

Unit 1B dilengkapi kemudahan lif

Kawasan elit, privasi dan tenang

Tempat letak kereta persendirian berpagar

Lokasi strategik berhampiran Pasar Malam, Ladang Strawberi Taman Sedia & pusat tarikan

Tarikh Tawaran Dibuka: 23 Jun 2025 (Isnin)

Tarikh Tutup Permohonan: 11 Julai 2025 (Jumaat)

Masa Akhir Penghantaran: Sebelum 12.00 tengah hari

Alamat Penghantaran:

Majlis Daerah Cameron Highlands

No. 1 Jalan Majlis, 39000 Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang

(u.p.: Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta)

Pemohon perlu mengemukakan kertas cadangan lengkap secara bertulis, dan bersedia untuk membuat sesi pembentangan kepada pihak MDCH apabila diminta.

Permohonan lewat tidak akan dipertimbangkan. Hanya pemohon yang berjaya akan dihubungi. MDCH tidak terikat untuk menerima tawaran tertinggi atau memberi sebab atas penolakan mana-mana permohonan.

Berminat untuk menyewa hartanah strategik di Cameron Highlands? Inilah peluang anda!

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Majlis Daerah Cameron Highlands 054911455

GOLFVILLA

GOLFVILLA

GOLFVILLA

GOLFVILLA

Kemaskini Terakhir: Khamis, 26 Jun 2025 - 5:06pm