MENU

 

PERARAKAN SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT DAERAH CAMERON HIGHLANDS 1447H / 2025M

Sumber berita : Majlis Daerah Cameron Highlands

Foto oleh : Unit Perhubungan Awam dan Pembangunan Masyarakat, MDCH

CAMERON HIGHLANDS, 24 September 2025 (Rabu) – Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Cameron Highlands 1447H / 2025M anjuran Pejabat Agama Islam Daerah Cameron Highlands telah berlangsung dengan penuh meriah dan berkat pada pagi ini dengan perarakan yang bermula dari Tapak Pasar Tani Tanah Rata dan berakhir di Masjid Abu Bakar, Tanah Rata.

Seawal pukul 7.30 pagi, para peserta telah berkumpul di Tapak Pasar Tani sebelum diberikan taklimat perarakan pada pukul 7.45 pagi. Perarakan yang bermula pada tepat pukul 8.00 pagi ini disertai oleh pelbagai agensi kerajaan, badan bukan kerajaan, institusi pendidikan serta masyarakat setempat yang sama-sama menghayati semangat kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Peserta tiba di perkarangan Masjid Abu Bakar sekitar pukul 8.45 pagi diikuti dengan jamuan ringan sebelum program diteruskan dengan ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh penceramah jemputan, Ustaz Zul Ramli bin M. Razali pada pukul 9.15 pagi. Ceramah tersebut menekankan penghayatan sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian serta kepentingan umat Islam meneladani akhlak baginda.

Selain acara perarakan, pelbagai pengisian turut diadakan bagi memeriahkan majlis, antaranya Pertandingan Mewarna, Klinik Al-Fatihah, Klinik Faraid, Pemeriksaan Kesihatan percuma serta cabutan bertuah untuk para peserta.

Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah pertandingan dan cenderamata kepada para pemenang dan peserta pada pukul 11.30 pagi sebelum berakhir dengan majlis penutup.

Terima kasih atas penganjuran sambutan ini yang bukan sahaja menjadi wadah memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW malah turut memperkukuh ukhuwah dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di daerah ini.

maulidur rasul

maulidur rasul

maulidur rasul

maulidur rasul

maulidur rasul

maulidur rasul

maulidur rasul

maulidur rasul

maulidur rasul

maulidur rasul

maulidur rasul