MENU
KDPB SULTAN PAHANG BERKENAN BERIADAH DI SEKITAR PADANG GOLF SULTAN AHMAD SHAH
 
Sumber berita : Majlis Daerah Cameron Highlands
Foto oleh : Unit Perhubungan Awam dan Pembangunan Masyarakat, MDCH
 
CAMERON HIGHLANDS, 12 Februari 2026 — Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan mencemar duli beriadah dengan berjalan kaki di sekitar Padang Golf Sultan Ahmad Shah pagi tadi dalam suasana nyaman dengan suhu sekitar 16°C.
 
Keberangkatan Paduka Baginda dalam suasana santai itu menyerlahkan kecintaan baginda terhadap keindahan alam semula jadi serta kepentingan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat. Aktiviti riadah tersebut turut menjadi inspirasi kepada rakyat agar sentiasa menitikberatkan penjagaan kesihatan fizikal dan mental melalui aktiviti yang berfaedah.
 
Padang Golf Sultan Ahmad Shah yang terkenal dengan landskap menghijau serta udara sejuk semula jadi terus menjadi antara lokasi rekreasi pilihan, sekali gus memperlihatkan potensi Cameron Highlands sebagai destinasi pelancongan berteraskan alam semula jadi.
 
Keberangkatan Paduka Baginda turut diringi oleh YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilyana Alia binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
 
Usai beriadah, Paduka Baginda kemudiannya berkenan berangkat ke Parit Falls dan Sungai Pauh bagi meninjau persekitaran serta tahap kebersihan kawasan berkenaan yang terkenal sebagai lokasi perkhemahan.
 

KDPBb

KDPBb

KDPBb

KDPBb

KDPBb

KDPBb