OPERASI WARAN TANGKAP KESALAHAN MELETAK KENDERAAN DI CAMERON HIGHLANDS
Sumber : Majlis Daerah Cameron Highlands
Foto oleh : Unit Undang-undang, MDCH
CAMERON HIGHLANDS, 12 Februari 2026 – Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) Cameron Highlands telah melaksanakan satu operasi waran tangkap bagi kesalahan tunggakan kompaun tempat letak kereta yang bermula pada 11 Februari 2026 sehingga hari ini.
Turut serta dalam operasi ini merupakan kakitangan daripada Unit Undang-undang MDCH, Unit Tempat Letak Kereta MDCH, Penghantar Notis MDCH serta wakil daripada PDRM. Operasi ini dijalankan terhadap individu yang gagal menjelaskan kompaun dalam tempoh yang ditetapkan serta telah dikeluarkan waran oleh pihak mahkamah.
Tindakan ini adalah selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan tempat letak kereta serta meningkatkan kesedaran orang awam mengenai tanggungjawab menjelaskan kompaun.
Orang awam dinasihatkan supaya membuat semakan status kompaun dan menjelaskan bayaran bagi mengelakkan tindakan perundangan pada masa hadapan.
Sebarang pertanyaan berhubung kompaun tempat letak kereta boleh diajukan terus kepada Unit Tempat Letak Kereta (UTLK) MDCH di talian 05- 4851673.








