MENU
PERHIMPUNAN PAGI KALI PERTAMA TAHUN 2026 MAJLIS DAERAH CAMERON HIGHLANDS
 
Sumber berita : Majlis Daerah Cameron Highlands
Foto oleh : Unit Perhubungan Awam dan Pembangunan Masyarakat, MDCH
 
CAMERON HIGHLANDS, 3 Mac 2026 – Perhimpunan Pagi Kali Pertama Tahun 2026 Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH) telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Puncak Arabella, Tanah Rata pada hari ini.
 
Perhimpunan ini telah dihadiri oleh Setiausaha MDCH, Tuan Mazlan bin Mohamed Isa bersama ketua-ketua jabatan, bahagian dan unit serta seluruh kakitangan MDCH. Kehadiran semua warga kerja mencerminkan komitmen dan kesungguhan dalam memulakan tirai perkhidmatan tahun 2026 dengan azam dan semangat baharu.
 
Dalam amanat yang disampaikan, penekanan telah diberikan terhadap aspek integriti, disiplin kerja, peningkatan mutu penyampaian perkhidmatan serta kepentingan kerja berpasukan dalam memastikan setiap perancangan dan pelaksanaan program dapat dilaksanakan secara berkesan. Selain itu, tumpuan turut diberikan kepada usaha memperkukuh tadbir urus, mempertingkatkan kecekapan sistem penyampaian serta memastikan kesejahteraan komuniti dan kelestarian alam sekitar di Cameron Highlands terus menjadi keutamaan.
 
Perhimpunan ini turut menjadi platform penyampaian maklumat terkini berkaitan hala tuju organisasi, sasaran kerja tahunan serta peringatan berkenaan tanggungjawab penjawat awam dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat. Semangat kebersamaan dan profesionalisme yang ditunjukkan jelas menggambarkan kesediaan seluruh warga MDCH untuk terus bergerak seiring dalam merealisasikan visi dan misi organisasi.
 
Majlis turut disempurnakan dengan lafaz ikrar integriti sebagai simbolik permulaan tahun 2026 yang penuh iltizam, dedikasi dan komitmen tinggi demi kemajuan serta kesejahteraan Cameron Highlands.
 

ppk12026

ppk12026

ppk12026

ppk12026

ppk12026

ppk12026

ppk12026