MENU

 

Sumber berita : Majlis Daerah Cameron Highlands

Foto oleh : Jabatan Perancangan, MDCH

Cameron Highlands, 27 Februari 2026 bersamaan 8 Ramadan 1447 Hijrah (Jumaat) - Satu mesyuarat berkaitan Jawatankuasa Bandar Selamat dan Kejiranan Hijau Majlis Daerah Cameron Highlands Bil. 1 Tahun 2026 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Nur Ilham, Pejabat MDCH.

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Ahli Majlis, En. Wan Shohaimi bin Wan Ismail dan dihadiri oleh semua ahli-ahli majlis jawatankuasa tersebut termasuk wakil daripada jabatan, bahagian serta unit dalaman dan luaran MDCH yang berkaitan dengan Program serta Projek Bandar Selamat dan Kejiranan Hijau.

Secara umumnya, antara perkara yang dibentang dan dibincangkan di dalam mesyuarat tersebut ialah pemakluman kemajuan Cadangan Projek Pemasangan CCTV di sekitar Bandar Brinchang, pelaporan Statistik Jenayah Indeks, pelaporan kemajuan projek, program, penyelenggaraan infrastruktur dan kemudahan awam serta landskap dan kelulusan Pelan Bangunan yang mematuhi "Crime Prevention Through Environmental Design (CPTED)" dan sebagainya.

Selain itu, antara perkara yang menarik perhatian ialah kadar Statistik Jenayah Indeks yang sangat rendah di Cameron Highlands dijangka akan turut membantu menyumbang kepada pencapaian Penarafaan Bandar Mampan dan Anugerah Bandar Paling Bahagia di bawah Program Murninets pada tahun ini.

Semua ahli mesyuarat juga turut diberi taklimat, pembentangan dan demonstrasi produk kitar semula berasaskan bahan-bahan kaca daripada wakil Syarikat Ecocycle Dynamic Solutions Sdn. Bhd. melibatkan cadangan Mercu Tanda Cameron Highlands Bandar Bahagia Tahun 2025 dan beberapa produk berteknologi hijau yang boleh diaplikasikan kepada projek bangunan serta infrastruktur awam.

Semoga segala usaha dan inisiatif untuk pencegahan dan mengurangkan kadar jenayah di dalam daerah ini serta mempertingkatkan lagi kemampanan melaui teknologi hijau sentiasa mendapat sokongan dan kerjasama daripada semua pihak.

mh

mh

mh

mh

mh