MENU

 

Sumber : Majlis Daerah Cameron Highlands

Foto oleh: Jabatan Kesihatan Awam dan Perkhidmatan Perbandaran, MDCH

CAMERON HIGHLANDS, 16 April 2026 – Satu program plogging yang diadakan secara bulanan oleh Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH) telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya di sekitar Taman Selamat Datang Tanah Rata, bandar Tanah Rata dan kawasan Royal Lily, Tanah Rata pada pagi tadi sebagai usaha memupuk kesedaran semua pihak terhadap kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar.

Program ini telah diketuai oleh Yang Dipertua MDCH, Tuan Rudyfasla bin Hj. Mujid. Turut hadir memberi kerjasama bagi program ini ialah Setiausaha MDCH, Encik Mazlan bin Mohamed Isa, Pengerusi PUSPANITA Majlis Daerah Cameron Highlands, Puan Suzilawati binti Abdul Wahab, wakil-wakil jabatan/agensi kerajaan dan pegawai serta kakitangan daripada jabatan/bahagian/unit dalaman MDCH.

Program ini menggabungkan aktiviti riadah sihat sambil mengutip sampah di kawasan sekitar, sekali gus menyokong amalan gaya hidup sihat dan kelestarian persekitaran. Penyertaan daripada pelbagai pihak telah berjaya mewujudkan semangat kerjasama dan tanggungjawab bersama dalam memelihara keindahan Cameron Highlands.

MDCH komited untuk terus memperkasakan inisiatif hijau dan menyeru orang ramai agar bersama-sama memainkan peranan dalam menjaga kebersihan serta kelestarian alam sekitar.

PLOG

PLOG

PLOG

PLOG

PLOG

PLOG

PLOG

PLOG

PLOG

PLOG

PLOG

PLOG