MENU

PKP: Dari meriah, Cameron Highlands bertukar sepi

Oleh Ahmad Erwan Othman

CAMERON HIGHLANDS, 11 April -- Bagaikan melalui sebuah 'pekan mati', itulah ungkapan pertama terkeluar dari mulut penulis. Destinasi tumpuan ramai, Cameron Highlands 'sepi' berikutan semua premis perniagaan ditutup kepada orang ramai dalam usaha kerajaan mengekang penularan COVID-19.

Seiring dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac, tinjauan Bernama ke lokasi peranginan tanah tinggi itu kelihatan sunyi dengan bilangan pelancong dan tidak berlaku kesesakan lalu lintas seperti kebiasaan khususnya pada hujung minggu.

https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1830852

DARI MERIAH, CAMERON HIGHLANDS BERTUKAR SEPI