PAHANG HIKING DAY TAHUN 2022
LOKASI: TAMAN EKO-RIMBA PARIT FALLS, CAMERON HIGHLANDS
TARIKH: 20 MAC 2022
MASA: 7.30 - 11 .00 PAGI
Pahang Hiking Day Tahun 2022 yang dianjurkan oleh Tourism Pahang dengan usaha sama Kerajaan Negeri Pahang ini merupakan inisiatif yang efektif bagi mempromosikan keindahan bukit-bukit yang terdapat di sekitar Negeri Pahang kepada seluruh rakyat Malaysia dan pelancong dari luar negara. Usaha ini dapat memberikan impak yang sangat positif bukan sahaja kepada industri pelancongan bahkan dapat juga menggalakkan orang ramai untuk mengamalkan gaya hidup sihat melalui aktiviti mendaki di samping memupuk semangat cintakan alam sekitar.