Cameron Highlands, 13 MAC 2024 - Telah diadakan Program Walkabout oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Cameron Highlands Azmil Hadid bin Maznan di bazar ramadan Tanah Rata, Cameron Highlands. Turut hadir semasa program adalah Setiausaha Majlis Daerah Mazlan bin Mohamed Isa, Ketua Jabatan Kesihatan Awam Dan Perkidmatan Perbandaran Muhammad Safwan Izzat bin rosli dan Pengurus Cawangan SWCorp CH Encik Muhamed Redzuan bin Mat Yusoof.
Program ini bertujuan supaya pengendali makanan dapat menjaga kebersihan makanan yang disediakan dan memberi peringatan kepada pengunjung dan khususnya para peniaga bazar agar menjaga kebersihan, mengelakkan pembaziran makanan dan bersama-sama berinfaq barangan kitar semula sepanjang bulan ramadan ini.
Dalam sesi Walkabout ini, Yang Dipertua telah beramah mesra dengan peniaga-peniaga dan masyarakat tempatan. Di samping itu juga, rombongan dapat melihat sendiri aktiviti jual beli di sini dan menyapa mesra para pengunjung-pengunjung di Bazar Ramadan Tanah Rata.