MENU

 

Sumber : Majlis Daerah Cameron Highlands

Foto : Unit Perhubungan Awam dan Pembangunan Masyarakat,MDCH

CAMERON HIGHLANDS, 07 MEI 2024 - Sambutan hari raya peringkat daerah Cameron Highlands yang telah bermula pada pukul 10 pagi bertempat di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Jalan Tengkolok, Tanah Rata berlangsung dengan penuh  meriah dengan bertemakan ‘Warna-warni Aidilfitri’. Sebanyak 20 booth makanan dan minuman yang terdiri daripada gabungan 31 jabatan serta agensi daerah Cameron Highlands telah menyajikan pelbagai juadah kepada tetamu yang hadir. Antaranya ialah pulut kuning, lemang, rendang, nasi impit, sate, dodol, kambing bakar, kuih muih, pelbagai jenis minuman, buah-buahan dan banyak lagi.

Pegawai Daerah Cameron Highlands, Tuan Haji Syed Ahmad Khirulanwar Alyahya bin Syed Abdul Rahman, AAP. telah hadir ke majlis tersebut bagi menyampaikan ucapan hari raya serta menyantuni tetamu yang hadir ke majlis tersebut.

Sebanyak tiga (3) kategori pertandingan telah diadakan sepanjang majlis tersebut termasuk Pertandingan Booth Terbaik, Pertandingan Suara Emas dan Pertandingan Busana Tercantik .

Tahniah diucapkan kepada Majlis Daerah Cameron Highlands yang telah dinobatkan sebagai juara bertahan Pertandingan Booth Terbaik selama dua (2) tahun berturut-turut.

Terima kasih diucapkan kepada para tetamu yang hadir sepanjang majlis sambutan hari raya ini. Sesungguhnya kemeriahan sambutan Aidilfitri masih lagi terasa meskipun kita berada di penghujung Syawal.

Semoga hubungan kerjasama antara jabatan/agensi kerajaan dan orang awam akan terus kekal erat selama-lamanya. Insyaallah.

11

22

33

44

77

88

99

11

13

14

151617

177

11

L

Y

YD

22

#Pahang1st

#MajuTerusPahang

#StrongerTogether

#KepuasanPelangganKebanggaanKami