MENU

 

PROGRAM LARIAN SEMPENA “HEALTHY JOGGY DAY” TAHUN 2024

Sumber : Majlis Daerah Cameron Highlands

Foto : Unit Perhubungan Awam dan Pembangunan Masyarakat, MDCH

CAMERON HIGHLANDS, 27 APRIL 2024 : Wakil rasmi YAB Menteri Besar Pahang,  YB Dato' Ramli Bin Dato' Mohd Nor yang merupakan Ahli Parlimen Cameron Highlands telah menyempurnakan perasmian bagi program “Healthy Joggy Day”  Tahun 2024 yang bertempat di Padang Awam Tanah Rata pada pukul 8.00 pagi.

Acara larian yang berkonsepkan 'fun run' tersebut telah disertai lebih 1334 orang peserta yang terdiri daripada penduduk setempat dan dari luar daerah termasuklah pelajar sekolah , atlet serta pencinta kecerdasan.

Sebanyak tiga kategori larian telah dipertandingkan iaitu kategori 5km (individu) , 5km kategori (keluarga) dan 5km kategori (pelajar) manakala laluan larian yang terlibat pula ialah sekitar kawasan Tanah Rata, Cameron Highlands.

Turut hadir sepanjang program tersebut ialah Pengarah Jabatan Pendidikan Pahang, YBrs. Encik Amzan bin Abd Malek, Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembelajaran, Encik Zamri bin Md Isa , Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembangunan Murid, En Yusof bin Kassim dan wakil rasmi Pegawai Daerah Cameron Highlands, Penolong Pegawai Daerah Cik Siti Rothemanizan binti Otheman

Program anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Cameron Highlands tersebut diadakan ialah bersempena  dengan sambutan Hari Guru yang akan diadakan pada 16 Mei 2024.

Sepanjang program tersebut berlangsung, Majlis Daerah Cameron Highlands telah mengambil peluang untuk membuka kaunter pameran (booth) bagi memudahkan orang awam mendapatkan maklumat dan menyalurkan sebarang pandangan dan cadangan penambahbaikan. Di samping itu, Majlis Daerah Cameron Highlands juga telah mengadakan permainan kuiz serta roda putar bagi pengunjung yang hadir dan permainan ini sedikit sebanyak dapat memberi info kepada pengunjung yang hadir mengenai Majlis Daerah Cameron Highlands.

Program larian yang diadakan ini secara tidak langsung dapat membantu memperkenal dan mempromosi daerah Cameron Highlands sebagai salah satu lokasi pelancongan di negeri Pahang.

Majlis Daerah Cameron Highlands mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak penganjur kerana telah berjaya menganjurkan satu program yang  dapat memupuk budaya hidup sihat dalam golongan masyarakat.

1

2

1

1

1

1

1

1

#StrongerTogether

#KepuasanPelangganKebanggaanKami

#RasuahAdalahJenayah

#CHBAR

#wargasihat

#funrun

#boothMDCH