MENU

 

MAJLIS ANGKAT SUMPAH AHLI MAJLIS PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) MAJLIS DAERAH CAMERON HIGHLANDS (MDCH) BAGI SESI 2024-2026

Sumber : Majlis Daerah Cameron Highlands

Foto : Unit Perhubungan Awam dan Pembangunan Masyarakat, MDCH

CAMERON HIGHLANDS , 25 APRIL 2024 - Majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH) bagi Sesi 2024-2026 telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Nur Ilham, MDCH dengan disaksikan oleh Yang Dipertua MDCH, Tuan Azmil Hadid bin Maznan, Setiausaha MDCH, Encik Mazlan bin Mohamed Isa.,AAP.,AMP,Ahli-ahli Majlis MDCH, Ketua-ketua Jabatan Daerah Cameron Highlands serta Ketua-ketua Jabatan/Bahagian/Unit dalaman MDCH. Turut hadir bagi menyaksikan Majlis Angkat Sumpah tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanah Rata, YB Ho Chi Yang.

Seramai 14 orang Ahli Majlis telah dilantik bagi sesi 2024-2026. Antaranya ialah :

1. YM Tengku Dato' Aiman Putra b Dato' Seri Kamal Bharin

2. YH. Dato' Haji Usoff b Yong, DIMP.,PKC

Pengerusi Jawatankuasa Landskap

Kawasan - Ringlet

3. Encik Wan Shohaimi b Wan Ismail, PPN

Pengerusi Jawatankuasa Bandar Selamat

Kawasan - Tanah Rata

4. Encik Azizi b Ahmad

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan & Kebersihan

Kawasan - Brinchang

5. Encik Mohd Yusoff b P Abdul Satar

Pengerusi Jawatankuasa Pelesenan

Kawasan - Tanah Rata

6. Encik Aidil Adli b Jalaludin

Pengerusi Jawatankuasa KGSAS

Kawasan - Kea Farm

7. Encik Bah Long Siang b Bah Abu

Kawasan - Sungai Ruil

8. Puan Masliana binti Ahmad

Kawasan - Lembah Bertam

9. Encik Wan Azam b Wan Rosdy

Kawasan - Sungai Palas

10. Cik Tan Choo Kuan

Kawasan - Lembah Bertam

11. Encik Ravee a/l Nalliah

Kawasan - Kuala Terla

12. Encik Ismail b Hussin

Kawasan - Tringkap

13. Encik Loke Jian Xiong

Kawasan - Ringlet

14. Encik Loh Boon Wei

Kawasan - Kampung Raja

Tempoh pelantikan bagi Ahli Majlis ini ialah selama 2 tahun bermula 01 April 2024 sehingga 31 Mac 2026.

Ahli Majlis berperanan sebagai instrumen yang sangat penting dalam hierarki Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan penglibatan Ahli Majlis ini ialah untuk mewakili kepentingan orang ramai dan masyarakat setempat. Di samping itu, Ahli Majlis juga memainkan peranan bagi menerangkan dasar dan tindakan PBT serta bersama masyarakat setempat untuk menemukan penyelesaian bagi isu-isu yang timbul dan bekerjasama untuk merancang pembangunan demi kesejahteraan penduduk setempat.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua Ahli Majlis yang telah dilantik bagi sesi ini!

MDCH juga mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada Ahli Majlis yang telah tamat tempoh perkhidmatan. Sesungguhnya segala jasa baik serta khidmat bakti yang telah dicurahkan amat kami hargai. Terima kasih.

 

1

1

1

1

1

1

1

1

 

#MajuTerusPahang

#Pahang1st

#KepuasanPelangganKebanggaanKami

#RasuahAdalahJenayah

#StrongerTogether