MENU

 

MESYUARAT PENUH MAJLIS DAERAH CAMERON HIGHLANDS (MDCH) KALI KE-6 TAHUN 2024 DAN MAJLIS ANGKAT SUMPAH AHLI MAJLIS PIHAK BERKUASA TEMPATAN

Sumber : Majlis Daerah Cameron Highlands

Foto : Unit Perhubungan Awam dan Pembangunan Masyarakat, MDCH

1

1

1

1

CAMERON HIGHLANDS , 20 Jun 2024 - Majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH) oleh YM Tengku Dato' Aiman Putra bin Dato' Sri Kamal Bharin bagi Sesi 2024-2026 telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Nur Ilham, MDCH pada pukul 10.00 pagi.

Majlis ini disaksikan oleh YH. Dato' Haji Usoff b Yong selaku Pengerusi Mesyuarat, Setiausaha MDCH, Encik Mazlan bin Mohamed Isa ,Ahli-ahli Majlis MDCH, Ketua-ketua Jabatan Daerah Cameron Highlands serta Ketua-ketua Jabatan/Bahagian/Unit dalaman MDCH.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Yang Mulia Tengku atas pelantikan ini.

#MajuTerusPahang

#Pahang1st

#KepuasanPelangganKebanggaanKami

#RasuahAdalahJenayah

#StrongerTogether