MENU

PENSIJILAN SEMULA ISO 9001:2015 DAN ISO 37001:2016

Majlis Daerah Cameron Highlands telah menerima kunjungan Audit SIRIM QAS International Sdn Bhd pada 2 September 2024 hingga 4 September 2024 bagi melaksanakan Audit Pensijilan Semula ISO 9001:2015 dan ISO 37001:2016.

Dalam ucapan pembukaan audit oleh Yang Dipertua MDCH, beliau telah memaklumkan bahawa dengan pelaksanaan audit ini, maka Sistem Pengurusan Kualiti Dan Sistem Pengurusan Anti-Rasuah Majlis Daerah Cameron Highlands dapat dipantau dan dipertingkatkan secara berterusan.

Diharapkan sesi audit pada kali ini dapat berjalan dengan lancar dengan kerjasama antara kedua-dua pihak. MDCH sentiasa komited bagi memastikan perkhidmatan yang berkualiti dan berintegiriti dapat disampaikan kepada pelanggan.

MDCH merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada para panel dan semua yang terlibat dalam melancarkan sesi audit pada kali ini dan semoga MDCH dapat mengekalkan prestasi serta berada di tahap penilaian yang cemerlang.

AUDIT

AUDITT

MAINPAGE

#Pahang1st

#MajuTerusPahang

#StrongerTogether

#KepuasanPelangganKebanggaanKami

#RasuahItuJenayah

#sirim