MENU

 

CAMERON HIGHLANDS, 11 Oktober 2024 – Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH) telah menerima lawatan Majlis Daerah Maran (MDM) pada pukul 3.30 petang di Kelab Golf Sultan Haji Ahmad Shah. Delegasi ini diketuai oleh Encik Mohd Radzi bin Rahimi ,Ahli Majlis MDM, dan diiringi oleh Puan Sr Mazaitun Hani binti Zainon, Setiausaha MDM dan ketua jabatan/bahagian dan unit MDM.

Ketibaan delegasi ini telah disambut mesra oleh Setiausaha MDCH, Encik Mazlan bin Mohamed Isa serta pegawai dan beberapa wakil jabatan/bahagian/unit dalaman MDCH yang lain. MDCH berbesar hati menerima lawatan penanda aras dari Majlis Daerah Maran (MDM) bagi berkongsi ilmu dalam pengurusan dan penyelenggaraan bangunan dan padang golf KGSAS. Lawatan tersebut dihadiri pengurusan tertinggi MDM yg terdiri daripada Ahli Majlis MDM dan pihak kelab yang mengendalikan pengurusan padang golf di daerah Maran.

MDCH mengucapkan jutaan terima kasih kepada MDM kerana telah menjadikan MDCH sebagai penanda aras dalam pengurusan dan penyelenggaraan padang golf. Semoga perkongsian ilmu ini dapat memberi input yang bermanfaat kepada kedua-dua belah pihak .

1

1

1

1

1

1

1

1

1

1

1

1