PELAKSANAAN PEMARKAHAN STAR RATING BAGI SKIM STRATA KAWASAN CAMERON HIGHLANDS OLEH UNIT PESURUHJAYA BANGUNAN (COB) MDCH
Sumber : Majlis Daerah Cameron Highlands
Foto : Unit Pesuruhjaya Bangunan (COB) MDCH
CAMERON HIGHLANDS, 04 Disember 2024 - Unit Pesuruhjaya Bangunan (COB) MDCH sedang menjalankan pemarkahan kepada semua skim strata di kawasan Cameron Highlands bermula 7 Oktober 2024. Pemarkahan star rating ini akan dijalankan pada setiap 2 tahun sekali. Pemarkahan ini dinilai berdasarkan indikator yang telah disediakan oleh Jabatan Perumahan Negara (KPKT). Kawasan yang telah dinilai setakat 4 Disember 2024 termasuk JMB Palas Horizon, JMB Peony Square, JMB Equotatial Hill Resort dan JMB Nova Retreat.
Tujuan pemarkahan pelaksanaan Star Rating bagi skim strata di kawasan Cameron Highlands oleh Unit Pesuruhjaya Bangunan (COB) adalah untuk:
1. Menilai tahap pengurusan dan penyelenggaraan;
2. Meningkatkan kualiti hidup;
3. Mewujudkan persaingan sihat;
4. Memastikan pematuhan undang-undang;
5. Meningkatkan nilai hartanah; dan
6. Memupuk kesedaran penghuni.
Pemarkahan ini biasanya melibatkan penilaian aspek seperti kebersihan, keselamatan, kewangan, dokumentasi, penyelenggaraan, dan pelaksanaan mesyuarat.