MENU

 

PERHIMPUNAN PAGI MAJLIS DAERAH CAMERON HIGHLANDS KALI KE - 4 TAHUN 2024

Sumber : Majlis Daerah Cameron Highlands

Foto oleh : Unit Perhubungan Awam dan Pembangunan Masyarakat, MDCH

per

a

r

q

2

1

1

CAMERON HIGHLANDS, 31 Disember 2024 - Perhimpunan pagi Majlis Daerah Cameron Highlands kali-4 bagi tahun 2024 telah berlangsung di Dewan Puncak Arabella, Tanah Rata pada hari ini dengan dihadiri oleh pegawai dan kakitangan daripada semua jabatan/bahagian/unit dalaman MDCH.

Ketibaan Setiausaha MDCH, Encik Mazlan bin Mohamed Isa ke majlis perhimpunan tersebut pada pukul 8.30 pagi telah diiringi oleh wakil-wakil daripada Unit Penguatkuasa MDCH serta disambut oleh ketua-ketua jabatan/bahagian/unit MDCH.

Majlis perhimpunan tersebut telah dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Pahang, lagu MDCH dan lagu Perkhidmatan Awam serta diteruskan lagi dengan bacaan doa dan bacaan Ikrar Integriti yang dipimpin oleh wakil daripada Unit Penguatkuasa MDCH.

Dalam amanat yang telah disampaikan oleh Setiausaha MDCH sepanjang perhimpunan tersebut, beliau menzahirkan ucapan penghargaan kepada seluruh warga kerja MDCH atas pencapaian dan anugerah yang telah dirangkul serta kecapi sepanjang tahun 2024. Sempena tahun baru yang bakal tiba esok, beliau juga berharap agar momentum ini dapat dipertingkatkan lagi bagi pencapaian prestasi yang cemerlang buat seluruh warga kerja MDCH dan jabatan amnya.

Semoga amanat yang disampaikan dalam perhimpunan kali ini dapat mendorong semua pegawai dan kakitangan MDCH untuk meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan dan penyampaian khususnya kepada masyarakat.

#Pahang1st

#MajuTerusPahang

#StrongerTogether

#KepuasanPelangganKebanggaanKami

#RasuahItuJenayah