MENU

 

PERJUMPAAN YANG DIPERTUA MAJLIS DAERAH CAMERON HIGHLANDS BERSAMA SETIAUSAHA DAN KETUA-KETUA JABATAN/BAHAGIAN/UNIT DALAMAN

Sumber : Majlis Daerah Cameron Highlands

Foto oleh : Unit Perhubungan Awam dan Pembangunan Masyarakat, MDCH

y

y

1

CAMERON HIGHLANDS, 30 Disember 2024 – Satu perjumpaan antara Yang Dipertua Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH), Tuan Rudyfasla bin Mujid bersama Setiausaha MDCH, Encik Mazlan bin Mohamed Isa serta semua ketua jabatan/bahagian/unit dalaman MDCH telah diadakan pada hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat Nur Ilham, MDCH.

Perjumpaan yang bermula pada pukul 10.00 pagi itu merupakan sesi perkenalan awal di mana Yang Dipertua MDCH yang telah mula berkhidmat di MDCH mulai 23 Disember 2024 yang lalu dapat bersemuka dengan kesemua enam belas (16) orang pegawai yang mengetuai setiap jabatan/bahagian/unit di MDCH.

Dalam perjumpaan selama lebih kurang dua (2) jam tersebut, Setiausaha MDCH, Encik Mazlan bin Mohamed Isa telah memberi penerangan berkaitan latar belakang, objektif, misi, visi dan fungsi-fungsi MDCH termasuk fungsi-fungsi setiap jabatan/bahagian/unit dalaman di MDCH.

Dalam ucapan Yang Dipertua MDCH, beliau berharap agar fungsi-fungsi jabatan/bahagian/unit tersebut dapat diperhalusi dan dimantapkan lagi bagi menjamin kualiti penyampaian perkhidmatan MDCH di tahap yang terbaik.

Semoga perjumpaan sebegini menjadi titik penghubung antara pihak pengurusan dan semua jabatan/bahagian/unit di MDCH untuk terus bekerjasama dalam mengekalkan kecemerlangan jabatan.

#MajuTerusPahang

#Pahang1st

#KepuasanPelangganKebanggaanKami

#RasuahAdalahJenayah

#StrongerTogether