MENU

 

Sumber : Majlis Daerah Cameron Highlands

Foto oleh : Jabatan Kejuruteraan dan Kemudahan Awam, MDCH

CAMERON HIGHLANDS, 6 Januari 2025 - Satu kejadian tanah runtuh berhampiran jalan masuk ke Kampung Baru Kea Farm telah berlaku kira-kira pukul 2.30 pagi tadi. Kejadian yang dikatakan berpunca daripada hujan yang berterusan telah menyebabkan laluan masuk ke kampung tersebut terhalang.

Pasukan Bencana Majlis Daerah Cameron Highlands yang terdiri daripada Yang Dipertua MDCH, Tuan Rudyfasla bin Mujid, tiga (3) orang pegawai MDCH dan sepuluh (10) orang ahli pasukan yang lain telah digerakkan ke lokasi pada pukul 7.00 pagi tadi.

Kerja-kerja pembersihan runtuhan telah giat dijalankan oleh Pasukan Bencana MDCH sehingga kira-kira pukul 11.15 pagi tadi. Dimaklumkan juga kerja-kerja pembersihan jalan dan penutupan cerun yang terdedah dengan kaedah plastik kanvas seterusnya akan dilaksanakan oleh SMR Selenggara - Pahang Sdn Bhd.

Diharapkan agar orang awam terutamanya penduduk di kawasan yang terlibat dapat bersabar sementara kerja-kerja pembersihan ini selesai dilaksanakan. Terima kasih.

1

1

1

1

1

1

1