MENU

 

Sumber : Majlis Daerah Cameron Highlands

Foto/Video oleh : Unit Perhubungan Awam dan Pembangunan Masyarakat, MDCH

Cameron Highlands, 9 Januari 2025 – Yang Dipertua Majlis Daerah Cameron Highlands, Tuan Rudyfasla bin Mujid amat berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Ketua Cawangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) daerah Cameron Highlands, Ps Ahmad Syakir bin Abdullah serta diiringi oleh Asst. Superintendent, PPs Mohamad Hanez bin Sedari ke Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH) pada hari ini.

Kunjungan hormat pada pukul 11.00 pagi tersebut merupakan sesi pengenalan di antara kedua-dua belah pihak selain membincangkan perkara-perkara lain bagi mengukuhkan hubungan strategik antara MDCH dan SPRM. Selain itu, kunjungan ini juga bertujuan untuk berkongsi pendapat mengenai usaha pencegahan rasuah dan beberapa cadangan program kerjasama yang boleh dilaksanakan pada masa akan datang.

Semoga pertemuan ini menjadi langkah proaktif bagi kedua-dua belah pihak dalam usaha memerangi jenayah rasuah.

1

1

1

1

1

1