MENU

Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH) akan membuka urusan penuntutan semula bagi deposit-deposit yang telah dikenalpasti sebagai tidak aktif sehingga tarikh 7 April 2025. Sehubungan dengan itu, pihak tuan/puan yang berkaitan dijemput untuk hadir dan membuat tuntutan semula deposit tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Tempoh tuntutan adalah bermula dari 10 April 2025 sehingga 10 Mei 2025 dan segala urusan berkaitan tuntutan hendaklah dibuat secara bersemuka di Kaunter Bayaran MDCH pada waktu operasi pejabat iaitu dari pukul 8.00 pagi hingga 4.30 petang (Isnin hingga Jumaat, kecuali cuti umum).

Tuan/Puan juga dikehendaki membawa dokumen-dokumen seperti berikut bersama semasa menjalankan urusan tuntutan :

1. Kad Pengenalan (IC) asal pemilik deposit, sekiranya bekas deposit telah meninggal dunia,pewaris perlu membekalkan sesalinan sijil kematian,kad pengenalan pewaris Dan no Akaun bank pewaris

2. Resit asal pembayaran yang berkaitan (jika ada) bagi tujuan semakan dan pengesahan maklumat.

Untuk rujukan dan tindakan lanjut, senarai nama pihak yang terlibat dalam kategori deposit tidak aktif bagi sewa dan pelbagai telah dilampirkan bersama notis ini. Senarai ini telah disahkan oleh pihak MDCH sebagai rekod pertaruh yang belum dikemaskini atau dituntut sehingga 7 April 2025.

Tuan/puan dinasihatkan untuk membuat tuntutan dalam tempoh yang telah dinyatakan bagi mengelakkan sebarang kesulitan pada masa akan datang. Sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan kepada Jabatan Perbendaharaan MDCH di talian rasmi pejabat (05-4911455) atau melalui emel (majlis@mdcameron.gov.my)

Kerjasama dan perhatian tuan/puan terhadap perkara ini amat kami dihargai.

Berikut adalah senarai nama pihak yang terlibat dalam kategori deposit tidak aktif bagi sewa dan pelbagai :

ms1

ms2.jpg

ms3.jpg

ms4.jpg

ms5.jpg

ms6.jpg

ms7.jpg

ms8.jpg
 

ms9.jpg
 

ms10.jpg
 

ms11.jpg
 

ms12.jpg
 

ms13.jpg
 

ms14.jpg
 

ms15.jpg
 

ms16.jpg
 

#Pahang1st

#MajuTerusPahang

#StrongerTogether

#KepuasanPelangganKebanggaanKami

#PrestasiDipertingkatKemakmuranDipertahan

#RasuahItuJenayah