MENU

 

PROGRAM KORBAN PERDANA PERINGKAT DAERAH CAMERON HIGHLANDS TAHUN 2025

Sumber : Majlis Daerah Cameron Highlands

Foto oleh: Unit Perhubungan Awam dan Pembangunan Masyarakat, MDCH

CAMERON HIGHLANDS, 10 Jun 2025 – Program Korban Perdana Peringkat Daerah Cameron Highlands bagi tahun 2025 anjuran Pejabat Agama Islam Daerah Cameron Highlands telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya di Dewan Puncak Arabella, Cameron Highlands pada pagi tadi.

Majlis penuh bermakna ini telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif ORACO, Dato’ Muhammad Olian Abdullah yang mewakili Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, YB Dato’ Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad.

Turut hadir memeriahkan program ialah Yang Dipertua Majlis Daerah Cameron Highlands, Tuan Rudyfasla bin Mujid , Al fadhil Qadhi Daerah Cameron Highlands Tuan Haji Mohd Khalil bin Mohd Zari Al Hafiz bersama-sama wakil-wakil jabatan/agensi kerajaan, ketua-ketua komuniti, pemimpin masyarakat serta penduduk setempat.

Seramai lebih kurang 300 orang penerima asnaf telah mendapat manfaat daripada agihan daging korban pada program kali ini yang mencerminkan komitmen berterusan pihak penganjur dalam menyantuni golongan yang memerlukan terutamanya sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.

Selain ibadah korban dan agihan daging, majlis turut diserikan dengan taklimat yang menyemarakkan lagi nilai-nilai keislaman, kebersamaan dan keinsafan.

qurban

qurban

qurban

qurban

qurban

qurbanqurban

qurban

qurban

qurban

qurban