MENU
SESI LAWATAN PENILAIAN AKHIR ANUGERAH PAHANG 1ST KE MAJLIS DAERAH CAMERON HIGHLANDS
 
Berita oleh : Majlis Daerah Cameron Highlands
Foto oleh : Unit Perhubungan Awam dan Pembangunan Masyarakat, MDCH
 
CAMERON HIGHLANDS, 6 November 2025 - Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH) telah menerima kunjungan para panel penilai bagi Sesi Lawatan Penilaian Akhir Anugerah Pahang 1st – Kategori Anugerah Pentadbiran Cemerlang (APEC) dan Anugerah Digital (ADx) tahun 2025 pada hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat Nur Ilham, MDCH.
 
Lawatan ini merupakan sebahagian daripada proses penilaian akhir bagi mengenal pasti jabatan serta agensi kerajaan negeri yang menonjol dalam aspek tadbir urus, penyampaian perkhidmatan, inovasi dan budaya kerja cemerlang.
 
Anugerah Pahang 1st merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Pahang bagi mengiktiraf jabatan, agensi serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang menunjukkan prestasi terbaik dalam pentadbiran, pengurusan sumber manusia, serta pelaksanaan inisiatif transformasi digital dan perkhidmatan berimpak tinggi kepada rakyat.
 
Majlis Daerah Cameron Highlands amat berbesar hati atas pemilihan ini dan menyambut baik kehadiran para panel penilai yang terdiri daripada wakil Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang dan agensi teknikal berkaitan.
 
Semoga sesi penilaian ini menjadi pemangkin kepada penambahbaikan berterusan dalam memperkukuh budaya kecemerlangan, meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan serta mengangkat imej MDCH sebagai sebuah PBT yang dinamik dan berdaya saing selaras dengan aspirasi “Pahang 1st – Negeri Cemerlang Rakyat Sejahtera.”
 
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada para panel penilai atas panduan, teguran serta sokongan berharga yang dikongsikan sepanjang sesi penilaian akhir ini.
 

lpap

lpap

lpap

lpap

lpap

lpap

lpap

lpap

lpap

lpap