MENU
SESI PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM DRAF RANCANGAN STRUKTUR NEGERI PAHANG 2040 (KAJIAN SEMULA).
 
Sumber berita : Majlis Daerah Cameron Highlands
Foto oleh : Jabatan Perancangan, MDCH
 
CAMERON HIGHLANDS, 17 November 2025 - Kerajaan Pahang melalui PLAN Malaysia Pahang dan Pejabat Projek Zon Timur, PLAN Malaysia dengan segala hormatnya mempelawa dan menjemput orang awam untuk menyertai Sesi Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Struktur Negeri Pahang 2040 (Kajian Semula) yang bermula pada 6 November 2025 sehingga 6 Disember 2025 dan dilanjutkan lagi sehingga 28 Disember 2025 bertempat di Pejabat PLAN Malaysia Pahang, Kuantan dan di semua Pejabat Pihak Berkuasa Tempatan di setiap daerah di Negeri Pahang.
 
Sesi ini melibatkan pameran Draf Rancangan Struktur Negeri Pahang iaitu satu laporan mengenai cadangan dasar, polisi serta perancangan reruang (spatial) pembangunan fizikal strategik untuk keseluruhan Negeri Pahang.
 
Bagi Daerah Cameron Highlands, orang awam boleh hadir secara fizikal ke sesi pameran tersebut bertempat di lobi utama Pejabat Majlis Daerah Cameron Highlands untuk mendapatkan penerangan ringkas tatacara semakan dan maklumbalas melalui borang yang disediakan atau boleh mengimbas dua (2) Kod QR yang disediakan bagi mendapatkan dan menyemak salinan draf rancangan struktur negeri tersebut serta memberikan maklumbalas berupa bantahan atau cadangan secara atas talian.
 
MDCH merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diatas kerjasama orang awam yang dapat meluangkan masa meneliti dan menyemak serta memberikan maklumbalas terhadap draf rancangan struktur negeri tersebut.
 
Semoga Negeri Pahang terus aman makmur dan sejahtera serta berdaya maju pada masa akan datang dengan perancangan pembangunan yang mengambilkira maklumbalas membina dan positif daripada semua pihak.
 

spnpa

spnpa

spnpa

spnpa

spnpa