HEBAHAN RASMI PROGRAM HARI BERSAMA PELANGGAN
MAJLIS DAERAH CAMERON HIGHLANDS KALI KE-14 TAHUN 2025
Tarikh: 03 Disember 2025 (Rabu)
Masa: 9.00 pagi – 12.30 tengah hari
Tempat: Perkarangan Pasaraya Jimat, Brinchang
Program Hari Bersama Pelanggan Majlis Daerah Cameron Highlands Kali Ke-14 Tahun 2025 sebagai salah satu inisiatif penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan.
Program ini bertujuan memberi ruang kepada para pelanggan untuk berinteraksi secara terus dengan pegawai MDCH bagi berkongsi pandangan, cadangan, aduan, serta pertanyaan berkaitan perkhidmatan MDCH.
Untuk kemudahan para pelanggan, MDCH turut menyediakan beberapa kaunter perkhidmatan khas, antaranya:
• Kaunter Aduan
• Kaunter Fungsi MDCH
• Kaunter Penerangan
• Kaunter Sewa
• Kaunter Lesen dan Permit
Orang ramai dialu-alukan untuk mengemukakan pertanyaan, cadangan dan aduan melalui saluran-saluran berikut sepanjang program ini berlangsung:
Talian Telefon MDCH
054911455 / 054912097
Sistem Pengurusan Aduan
Emel Rasmi MDCH
majlis@mdcameron.gov.my
Facebook Rasmi MDCH
Page Majlis Daerah Cameron Highlands Pahang Darul Makmur




