MENU
MAJLIS ANUGERAH PAHANG 1st TAHUN 2025
 
Sumber berita : Majlis Daerah Cameron Highlands
Foto oleh : Unit Perhubungan Awam dan Pembangunan Masyarakat, MDCH
 
KUANTAN, 9 Disember 2025 – Majlis Anugerah Pahang 1st Tahun 2025 telah berlangsung dengan penuh meriah dan berprestij di Dewan Jubli Perak, Sultan Haji Ahmad Shah pada malam tadi yang menghimpunkan para penerima anugerah, jemputan kenamaan serta barisan kepimpinan negeri Pahang.
 
Program bermula pada pukul 8.30 malam dengan ketibaan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail. Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Allah Rahmatkan Raja Kami sebelum para tetamu dijemput menikmati jamuan makan malam yang turut diserikan dengan tayangan montaj khas menampilkan pencapaian serta inisiatif strategik Negeri Pahang sepanjang tahun 2025.
 
Selesai jamuan, hadirin mendengar ucapan rasmi daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang yang menyentuh tentang komitmen Kerajaan Negeri Pahang dalam memperkukuhkan pembangunan ekonomi, sosial dan tadbir urus selaras dengan agenda Pahang 1st sebagai pemacu kecemerlangan negeri.
 
Majlis kemudian mencapai kemuncak dengan gimik pelancaran Majlis Anugerah Pahang 1st yang berlangsung penuh simbolik dan bersemangat. Seterusnya, majlis diteruskan dengan penyampaian anugerah kepada para penerima yang telah menunjukkan pencapaian cemerlang dalam pelbagai kategori, merangkumi perkhidmatan awam, inovasi, kecemerlangan komuniti dan pembangunan negeri.
 
Dalam majlis berprestij ini, Yang Dipertua Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH), Tuan Rudyfasla bin Mujid telah mewakili MDCH bagi menerima penarafan emas Anugerah Pentadbiran Cemerlang (APEC) sebagai pengiktirafan atas keberkesanan tadbir urus, kecemerlangan penyampaian perkhidmatan serta komitmen berterusan MDCH dalam meningkatkan kepuasan pelanggan.
 
Majlis Anugerah Pahang 1st Tahun 2025 sekali lagi membuktikan usaha Kerajaan Negeri Pahang dalam menghargai sumbangan dan kejayaan individu serta organisasi yang memainkan peranan penting dalam memajukan Pahang sebagai negeri berdaya saing dan berdaya maju.
 

map1

map1

map1

map1

map1

map1

map1

map1