MENU
SIARAN TERTUNDA : PROGRAM APRISIASI PEMIMPIN KAWASAN RUKUN TETANGGA DAERAH CAMERON HIGHLANDS TAHUN 2025.
 
Sumber berita : Majlis Daerah Cameron Highlands
Foto oleh : Jabatan Perancangan, MDCH
 
CAMERON HIGHLANDS, 18 Disember 2025 - Satu Program Apresiasi Pemimpin Kejiranan Rukun Tetangga (KRT) Daerah Cameron Highlands Tahun 2025 telah diadakan di Hotel Heritage.
 
Program tersebut bermula pada pukul 8 malam dan dirasmikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Malaysia, Yang Berusaha Tuan Zulkifli bin Hashim. Turut mengiringi beliau ialah Pengarah Perpaduan Negeri Pahang, Puan Amira binti Abdullah.
 
Tujuan program tersebut diadakan adalah untuk memberi penghargaan kepada semua jawatankuasa KRT yang berada di Cameron Highlands selain memaklumkan mengenai dasar dan perancangan terkini Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Malaysia (JPNINM).
 
Program tersebut turut diserikan dengan persembahan hiburan dan kebudayaan pelbagai kaum dan komuniti Orang Asli yang juga merupakan ahli-ahli KRT Daerah Cameron Highlands.
 
Selain itu, majlis pada malam itu juga menyaksikan pihak Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH) telah menerima Plak dan Sijil Penghargaan sebagai Rakan Strategik KRT Daerah Cameron Highlands melalui En Ahmad Ridzuan bin Abd Mubin mewakili Tuan Yang Dipertua MDCH dan juga selaku Setiausaha Jawatankuasa Bandar Selamat dan Kejiranan Hijau diatas penglibatan aktif MDCH di dalam program komuniti KRT khususnya berkaitan Program Bandar Selamat dan pencegahan jenayah.
 
Turut menerima penghargaan yang sama adalah Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands dan Ibu Pejabat Polis Daerah Cameron Highlands.
 
MDCH mengucapkan terima kasih kepada JPNINM di atas penghargaan tersebut dan akan terus memberikan komitmen kerjasama terhadap mana-mana program komuniti di bawah seliaan KRT Daerah Cameron Highlands pada masa akan datang.
 

pap

pap

pap

pap