MENU
CADANGAN PEMBANGUNAN TANAH MILIK MAJLIS DAERAH CAMERON HIGHLANDS, PAHANG DARUL MAKMUR SECARA USAHASAMA
 
Sumber : Majlis Daerah Cameron Highlands
 
Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH) dengan ini mempelawa syarikat-syarikat yang berminat dan berkelayakan untuk mengemukakan cadangan pembangunan tanah milik MDCH secara usahasama dengan butiran seperti berikut:
 
Maklumat Tanah
  • Mukim: Ringlet
  • Keluasan: ± 2,300 meter persegi
  • Zon/Gunaan: Rekreasi & Landskap
  • Konsep Pembangunan: Seperti di Lampiran
Skop Cadangan Pembangunan
Cadangan pembangunan hendaklah meliputi antara lain:
  • Taman Landskap
  • Taman Rekreasi
  • Lain-lain cadangan yang menyokong industri pelancongan di kawasan berkenaan termasuk elemen pemeliharaan dan kelestarian alam sekitar
Keutamaan akan diberikan kepada syarikat yang menawarkan pulangan tertinggi kepada Majlis Daerah Cameron Highlands.
 
Kandungan Kertas Cadangan
Syarikat yang berminat hendaklah mengemukakan kertas cadangan yang mengandungi:
         a) Profil syarikat
         b) Kedudukan kewangan syarikat
         c) Pengalaman syarikat dalam pembangunan hartanah
         d) Cadangan pembangunan
         e) Cadangan pulangan kepada Majlis Daerah Cameron Highlands
         f) Lain-lain perkara yang difikirkan berkaitan
 
Kaedah Penghantaran
 
Kertas cadangan yang lengkap hendaklah dihantar kepada:
Bahagian Pelaburan,
Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta,
Majlis Daerah Cameron Highlands,
Pahang Darul Makmur.
 
Tarikh Tutup
Kertas cadangan yang lengkap hendaklah dihantar pada atau sebelum 19 Februari 2026 (Khamis), pukul 12.00 tengah hari.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh dirujuk terus kepada Majlis Daerah Cameron Highlands di talian 05-4911455 atau emel majlis@mdcameron.gov.my

cptm

cptm

cptm