MENU
MAJLIS PERPISAHAN PELAJAR PRAKTIKAL MAJLIS DAERAH CAMERON HIGHLANDS
 
Sumber berita : Majlis Daerah Cameron Highlands
Foto oleh : Unit Perhubungan Awam dan Pembangunan Masyarakat, MDCH
 
CAMERON HIGHLANDS, 22 Januari 2026 – Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH) telah mengadakan satu majlis perpisahan bagi pelajar praktikal bertempat di Dewan Makan MDCH hari ini sebagai tanda penghargaan atas sumbangan serta komitmen pelajar praktikal sepanjang tempoh latihan industri mereka di MDCH.
 
Majlis yang berlangsung dalam suasana mesra dan penuh bermakna ini diadakan bagi meraikan dua orang pelajar praktikal yang telah menamatkan latihan industri masing-masing, iaitu Cik Nur Syuhada binti Yon dan Cik Sharvina a/p Nanthakumar.
 
Majlis seterusnya diteruskan dengan ucapan oleh Tuan Mazlan bin Mohamed Isa, Setiausaha Majlis Daerah Cameron Highlands di mana dalam ucapan beliau menzahirkan rasa bangga dan penghargaan terhadap kesungguhan, disiplin serta sikap profesional yang ditunjukkan oleh para pelajar praktikal sepanjang berada di MDCH. Beliau turut berharap agar segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan sebagai persediaan menghadapi alam kerjaya kelak.
 
Cik Nur Syuhada binti Yon merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Ukur Bangunan daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam dan telah menjalani latihan industri di Jabatan Kejuruteraan dan Kemudahan Awam MDCH bermula 06 Oktober 2025. Manakala Cik Sharvina a/p Nanthakumar merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dengan Kepujian daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) dan telah menjalani latihan industri di Jabatan Perbendaharaan MDCH bermula 13 Oktober 2025.
 

mp

mp

mp

mp

mp