MENU

SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA YANG DIPERTUA,AHLI MAJLIS,SETIAUSAHA DAN WARGA KERJA MDCH YANG BERTUNGKUS LUMUS DIATAS ANUGERAH SIJIL PEMATUHAN SAGA 2019

Johor Bahru-Tanggal 03 Disember 2019 merupakan satu tarikh bermakna bagi MAJLIS DAERAH CAMERON HIGHLANDS kerana telah dinobatkan sebagai PBT PERTAMA di PAHANG yang berjaya mendapatkan Anugerah Sijil Pematuhan SAGA 2019. Yang Dipertua dan diiringi Setiausaha Majlis Daerah Cameron Highlands telah menerima penganugerahan sijil tersebut daripada YBhg. Dr Yacob bin Mustafa, Akauntan Negara Malaysia dalam Majlis Anugerah Sijil Pematuhan SAGA (MASS) yang diadakan di Holiday Villa Johor Bahru City Centre.

Tujuan sijil ini diadakan adalah bagi memastikan penyata kewangan dapat disediakan dengan lebih cepat, tepat, kemaskini, berintegriti, mematuhi piawaian perakaunan yang diterima pakai serta memantapkan pengurusan perakaunan dan kewangan Agensi Kerajaan. Selain itu, tujuan sijil ini juga bagi memastikan keselamatan sistem, data dan maklumat terjamin dari aspek kerahsiaan (confidentiality), integriti (integrity) dan ketersediaan (availability) iaitu data dan maklumat dilindungi, terpelihara, lengkap dan boleh diakses pada bila-bila masa.

#mdch #strongertogether #rasuahadalahjenayah