Sumber : Majlis Daerah Cameron Highlands
Foto : Unit Perhubungan Awam Dan Pembangunan Masyarakat, MDCH
TANAH RATA, 22 Oktober 2024 - Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah berangkat pulang meninggalkan daerah Cameron Highlands setelah selesai mengadakan lawatan selama dua hari.
Lawatan Al-Sultan Abdullah ke daerah Cameron Highlands mencerminkan bahawa Baginda bukan sahaja amat prihatin dalam hal ehwal pengurusan dan pentadbiran Negeri Pahang, malah mengambil perhatian yang serius dalam hal ehwal kebajikan rakyat jelata dan membuktikan betapa pentingnya perhatian terhadap rakyat, terutamanya dalam mendengar suara dan keperluan rakyat khususnya di daerah ini.