MENU

JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN 

  • Memastikan proses permohonan jawatan diambil tindakan dalam tempoh 6 bulan

  • Memastikan penyampaian keputusan PPSM dilakukan pada minggu pertama atau kedua bulan April setiap tahun

  • Memastikan sekurang-kurangnya 85% daripada jumlah kakitangan menghadiri kursus selama 7 hari setahun

 

JABATAN PERANCANGAN

  • Mengemukakan maklumbalas dan ulasan teknikal dalam tempoh 14 hari dari tarikh penghantaran surat bagi mana-mana permohonan berkaitan hal-hal tanah (land matters), pemajuan fizikal & hal-hal alam sekitar (environmental matter) kepada jabatan / agensi teknikal termasuk Unit OSC bagi mana yang berkaitan
  • Memberi dan mengeluarkan kelulusan akhir atau makluman terperinci penolakan kebenaran merancang dalam tempoh 21 hari kepada pemohon dari tarikh penghantaran surat makluman keputusan akhir Mesyuarat Jawatankuasa OSC

 

JABATAN LANDSKAP

  • Memastikan aduan diterima dan dibalas dalam tempoh 5 hari

  • Memastikan tempahan hiasan disiapkan 1 hari sebelum penggunaan dan memenuhi kehendak pelanggan.

  • Mengeluarkan keputusan Pelan Landskap dalam tempoh 5 hari

 

JABATAN KESIHATAN & PERKHIDMATAN PERBANDARAN

  • Memproses permohonan lesen premis perniagaan berisiko yang lengkap dalam tempoh 30 hari waktu bekerja

  • Memproses permohonan lesen premis perniagaan berisiko yang lengkap diterima dalam tempoh 1 hari waktu bekerja

  • Memproses permohonan lesen iklan dalam tempoh 1 jam bekerja (Banner  dan Bunting)

  • Memastikan setiap permohonan sewa peralatan diberi maklumbalas dalam tempoh 7 hari bekerja

 

JABATAN PERBENDAHARAAN

  • Bayaran kepada pembekal dilaksanakan dalam tempoh 7 hari daripada dokumen lengkap diterima dengan syarat sekiranya aliran tunai mencukupi

  • Bil cukai taksiran berkomputer selesai dicetak sebelum atau pada 7 Januari / Julai setiap tahun

  • Notis E berkomputer selesai dicetak sebelum atau pada 7 Januari / Julai setiap tahun.

  • Notis E berkomputer selesai dicetak sebelum atau pada 7 Mac dan 7 September pada setiap tahun.

  • Memastikan proses sitaan dilakukan dalam tempoh 2 minggu selepas waran

 

JABATAN PENILAIAN & PENGURUSAN HARTA

  • Memastikan setiap tuntutan SUMBANGAN Membantu Kadar Negeri dilakukan sebelu 30 April setiap tahun dan memastikan setiap tuntutan Sumbangan Membantu Kadar Persekutuan dilakukan sebelum tamat tempoh iaitu pada 31 Januari setiap tahun

  • Mengeluarkan surat keputusan bantahan dalam tempoh 7 hari selepas keputusan mesyuarat disahkan

  • Memastikan setiap Permohonan Sewa Bangunan lengkap diproses dalam tempoh 30 hari sehingga tarikh temuduga diadakan

 

JABATAN KAWALAN BANGUNAN

  • Menguruskan dan menyelaras perlaksanaan projek-projek MDCH dengan memastikan segala aspek dan kehendak MDCH dipatuhi pemborong yang dilantik supaya siap pada tempoh yang ditetapkan sehingga mencapai 60% daripada keseluruhan pencapaian prestasi projek

  • Memastikan kelulusan Pelan Bangunan, Kerja Tanah, Jalan dan parit serta Permit diberi kelulusan dalam tempoh 14 hari daripada tarikh surat Unit Pusat Setempat (OSC)

  • Memastikan setiap aduan dapat diberikan maklumbalas melalui siasatan dalam tempoh 5 hari bekerja

 

UNIT PUSAT SETEMPAT (OSC)

  • Memastikan setiap permohonan yang diterima 100% diproses dan diambil tindakan sekurang-kurangnya 90% diselesaikan mengikut Piagam Pelanggan OSC

 

UNIT CAWANGAN PESURUHJAYA BANGUNAN (COB)

  • Memastikan pengeluaran Sijil Penubuhan Badan Pengurusan Bersama (JMB) dalam tempoh 21 hari waktu bekerja

 

UNIT UNDANG-UNDANG

  • Setiap permohonan bertulis nasihat perundangan yang diterima akan diambil tindakan dalam tempoh 5 hari bekerja

 

UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT

  • Memastikan desktop dan laptop MDCH diselenggara sekurang-kurangnya 2 kali setahun

  • Memastikan aduan kerosakan komputer dikenalpasti dalam tempoh 1 hari waktu bekerja dari tarikh aduan diterima

 

UNIT AUDIT DALAM

  • Memastikan rancangan audit tahunan disediakan serta diluluskan selewat-lewatnya 31 Januari tahun semasa

  • Memastikan laporan tahunan audit dalam disediakan serta diperakukan selewat-lewatnya pada 31 Januari

 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT

  • Memastikan kepuasan pelanggan tercapai sekurang-kurangnya 80% bagi setiap bulan

  • Memastikan aduan pelanggan diberi maklumbalas dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh aduan diterima

 

Kemaskini Terakhir: Isnin, 18 March 2024 - 10:04am