MENU

Majlis Daerah Cameron Highlands bertanggungjawab memberikan perkhidmatan kepada masyarakat melalui usaha-usaha berikut :

  • Memastikan pembangunan yang rasional dan dinamik melalui kawalan perancangan dan pembangunan yang memelihara mutu alam sekitar;

  • Menyediakan infrastruktur, kemudahan awam dan rekreasi untuk keselesaan pengunjung dan kesejahteraan hidup masyarakat;

  • Menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan sektor perumahan, perniagaan dan pelancongan sebagai penggerak pembangunan ke arah matlamat menjadikan Cameron Highlands sebagai kawasan peranginan tanah tinggi yang diiktiraf sebagai di antara yang terbaik di Negeri Pahang dan Malaysia; dan

  • Mengeksploitasi pelbagai kurniaan alam semulajadi daripada sumber-sumber pelancongan yang sedia ada seperti bukit-bukau, hutan simpan, air terjun, sungai, tasik serta lain-lain warisan alam semulajadi dan budaya tempatan bagi menarik kedatangan pelancong.

 

 

 

OBJEKTIF KUALITI

 

 

1) JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN

 

 

Objektif Kualiti

Memastikan proses permohonan jawatan diambil tindakan dalam tempoh 6 bulan.

 

Memastikan penyampaian keputusan PPSM dilakukan pada minggu pertama atau kedua bulan April setiap tahun.

 

Memastikan sekurang – kurangnya 85 % daripada jumlah kakitangan menghadiri kursus selama 5 hari setahun.

 

 

2) JABATAN PERBENDAHARAAN

 

 

Objektif Kualiti

Bayaran kepada pembekal dilaksanakan dalam tempoh 7 hari daripada dokumen lengkap diterima dengan syarat sekiranya aliran tunai mencukupi.

 

Bil Cukai Taksiran berkomputer selesai dicetak sebelum atau pada 7 Januari / Julai Setiap Tahun.

 

Notis E berkomputer selesai dicetak sebelum atau pada setiap 7 Mac dan 7 September pada setiap tahun.

 

Tunggakan Cukai Taksiran Terkumpul dikutip tidak kurang daripada 60% pada 31 Disember tahun semasa.

 

Memastikan Proses sitaan dilakukan dalam tempoh 2 minggu selepas waran dikeluarkan.

 

 

 

 

3) JABATAN PENILAIAN DAN PENGURUSAN HARTA

 

 

Objektif Kualiti

Memastikan setiap tuntutan Sumbangan membantu Kadar Negeri dilakukan sebelum tamat tempoh 3 bulan dari tarikh arahan surat tuntutan dikeluarkan iaitu sebelum atau 1 April   setiap tahun dan

Memastikan setiap tuntutan Sumbangan membantu Kadar Persekutuan dilakukan sebelum tamat tempoh iaitu pada 31 Januari setiap tahun.

 

Mengeluarkan surat keputusan bantahan dalam tempoh 7 hari selepas keputusan mesyuarat disahkan

 

Memastikan setiap Permohonan Sewa Bangunan lengkap diproses dalam tempoh 30 hari sehingga tarikh temuduga diadakan.

 

 

 

4) JABATAN KEJURUTERAAN DAN KAWALAN BANGUNAN

 

 

Objektif Kualiti

Menguruskan dan menyelaras perlaksanaan projek - projek MDCH dengan memastikan segala aspek dan kehendak MDCH dipatuhi pemborong yang dilantik supya siap pada tempoh yang ditetapkan sehingga mencapai 90% daripada keseluruhan pencapaian prestasi projek.

 

Memastikan kelulusan Pelan Bangunan, Kerja Tanah, Jalan dan parit serta Permit diberi kelulusan dalam tempoh 14 hari daripada tarikh surat Unit Pusat Setempat

( OSC ).

 

Memastikan setiap aduan dapat diberikan maklumbalas melalui siasatan dalam tempoh 5 hari bekerja.

 

 

 

 

5) JABATAN PERANCANGAN

 

 

Objektif Kualiti

Mengemukakan maklumbalas dan ulasan teknikal dalam tempoh 14 hari dari tarikh penghantaran surat bagi mana – mana permohonan berkaitan hal - hal tanah ( land matters ), Pemajuan Fizikal & Hal – Hala Alam Sekitar ( environmental matters ) kepada Jabatan / Agensi Teknikal termasuk Unit Pusat Setempat ( OSC ) bagi mana yang berkaitan.

 

Memberi dan mengeluarkan kelulusan akhir atau makluman terperinci penolakan Kebenaran Perancang dalam tempoh 21 hari kepada pemohon dari tarikh pernghantaran surat makluman keputusan akhir Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat daripada Unit Pusat Setempat ( OSC ).

 

 

6) JABATAN LANDSKAP

 

 

Objektif Kualiti

Memastikan aduan diterima dan dibalas dalam tempoh 5 hari.

 

Memastikan tempahan hiasan disiapkan 1 hari sebelum penggunaan dan memenuhi kehendak pelanggan.

 

Mengeluarkan keputusan Pelan Landskap dalam tempoh 5 hari.

 

 

 

 

 

 

 

7) JABATAN KESIHATAN AWAM DAN PERKHIDMATAN PERBANDARAN

 

Objektif Kualiti

Memproses permohonan Lesen Premis Perniagaan Berisiko yang lengkap dalam tempoh 30 hari waktu bekerja.

 

Memproses Permohonan Lesen Premis Perniagaan Yang Tidak Berisiko yang lengkap diterima dalam tempoh 1 hari waktu bekerja.

 

Memproses Permohonan Lesen Iklan dalam tempoh 1 jam waktu bekerja ( banner dan bunting ).

 

Memastikan setiap permohonan sewa peralatan diberi maklumbalas dalam tempoh 7 hari bekerja.

 

 

8) UNIT PUSAT SETEMPAT ( OSC )

 

Objektif Kualiti

Memastikan setiap permohonan yang diterima 100% diproses dan,

 

Diambil tindakan sekurang - kurangnya 95% diselesaikan mengikut piagam pelanggan OSC

 

 

9) UNIT PESURUHJAYA BANGUNAN ( COB )

 

Perkhidmatan

Memastikan Pengeluaran Sijil Penubuhan Badan Pengurusan Bersama ( JMB ) dalam tempoh 15 hari waktu bekerja selepas segala dokumen dan senarai semak lengkap diterima dan sijil telah ditandatangani oleh Pesuruhjaya Bangunan.

 

10) UNIT UNDANG - UNDANG

 

Perkhidmatan

Setiap permohonan bertulis nasihat perundangan yang diterima akan diambil tindakan dalam tempoh 5 hari bekerja.

 

 

11) UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT

 

Perkhidmatan

Memastikan desktop dan laptop MDCH diselenggara sekurang - kurangnya 2 kali setahun.

Memastikan aduan kerosakan komputer dikenalpasti dalam tempoh 1 hari waktu bekerja dari tarikh aduan diterima.

 

 

12) UNIT AUDIT DALAM

 

Perkhidmatan

Memastikan Rancangan Audit Tahunan disediakan serta diluluskan selewat - lewatnya 31 Januari tahun semasa.

 

Memastikan Laporan Tahunan Audit Dalam disediakan serta diperakukan selewat - lewatnya pada 31 Januari tahun semasa.

 

 

 

13) UNIT PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT

 

Perkhidmatan

Memastikan Kepuasan Pelanggan tercapai sekurang - kurangnya 80% bagi setiap bulan.

 

 

Memastikan aduan pelanggan diberi maklumbalas dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh aduan diterima.

 

 

 

14) UNIT PENGUATKUASA

 

Perkhidmatan

Melaksanakan serta menguatkuasakan undang-undang serta peraturan-peraturan yang digunapakai MDCH dan memastikan sekurang-kurangnya 60% kompaun dijelaskan dalam tempoh 1 tahun serta kutipan kompaun hendaklah berdasarkan kepada anggaran tahunan.

 

 

Kemaskini Terakhir: Khamis, 21 Oktober 2021 - 2:50pm