MENU

 

ELAKKAN TUNGGAKAN, ELAKKAN SITAAN

Majlis Daerah Cameron Highlands akan melaksanakan Operasi SITAAN melibatkan pegangan-pegangan yang mempunyai tunggakan cukai taksiran.

Operasi ini akan dilaksanakan mulai MAC -JUN 2024. Pastikan tunggakan diselesaikan bagi mengelakkan tindakan sitaan dan rampasan diambil.

Mulakan tahun baru 2024 anda dengan

ZERO TUNGGAKAN

..............................................................

PEMBAYARAN CUKAI TAKSIRAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Cukai taksiran atau dipanggil sebagai cukai pintu merupakan bayaran yang dikenakan ke atas pegangan harta yang terdapat dalam kawasan sesebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) di bawah seksyen 127 Akta Kerajaan Tempatan 1976. Ianya dikenakan berdasarkan kadar peratus kadar peratus ke atas nilai tahunan.

Pembayaran cukai taksiran akan memastikan perkhidmatan perbandaran dapat disediakan kepada penduduk seperti pembersihan, penyelenggaraan kemudahan awam serta pengurusan bandar.Justeru bagi memastikan perkhidmatan perbandaran dapat disediakan, adalah penting agar cukai taksiran ini dibayar mengikut tempoh yang ditetapkan.

Pihak Majlis kini giat melaksanakan tindakan penguatkuasaan bagi memastikan cukai taksiran dijelaskan bagi kesejahteraan semua.

1

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 19 April 2024 - 9:46am