NOTIS PEMBERITAHUAN
MAJLIS DAERAH CAMERON HIGHLANDS
PENUTUPAN TEMPAT LETAK KENDERAAN BAGI CADANGAN KAJIAN PENYURAIAN KESESAKAN LALULINTAS
DI JALAN FT 59, TANAH RATA
Lokasi:
Tempat Letak Kenderaan Hadapan Medan Selera Tanah Rata
Koordinat:
4.47046, 101.37690
Tarikh:
Bermula 19 Disember 2025
Sehingga 12 Januari 2026
Dimaklumkan bahawa Tempat Letak Kenderaan di hadapan Medan Selera Jalan Besar, Tanah Rata akan DITUTUP SEMENTARA bagi tujuan kajian penyuraian kesesakan lalulintas di Jalan Utama FT 59, Tanah Rata, khususnya pada musim cuti sekolah serta hari Sabtu dan Ahad.
Sehubungan itu, para pengguna jalan raya dimohon untuk meletakkan kenderaan di Tempat Letak Kenderaan di belakang Medan Selera Tanah Rata, seperti yang ditunjukkan dalam Lampiran yang disediakan.
Kerjasama dan keprihatinan semua pihak amatlah dihargai demi kelancaran aliran trafik dan keselesaan bersama.
Segala kesulitan yang timbul amatlah dikesali.
Sekian, terima kasih.
MAJLIS DAERAH CAMERON HIGHLANDS








