Ybhg Dato, Tuan, Puan dan semua komuniti Cameron Highlands, Untuk makluman Jabatan Alam Sekitar dengan kerjasama Majlis Daerah Cameron Highlands, Sw corp dan Kontraktor E-waste berlesen EDSHA akan menganjur Program Kempen Pengumpulan Buangan Peralatan Elektrik dan Elektronik (e-waste) dan Bahan Kitar Semula pada ketetapan berikut :
Tarikh : 25 Nov 2020 (Rabu)
Masa : 9.00 pg - 3.00 ptg
Tempat : Parking MDCH
- Semua barangan buangan elektrik dan elektronik (e-waste) seperti TV, Peti Ais, Air cond, radio, hp, charger, komputer, laptop , bahan elektronik dan elektrik lain akan di lupus kepada kontraktor berlesen dan Tuan/ Puan akan menerima hadiah saguhati istimewa seperti barangan dapur setiap nilai yg ditukarkan sehingga stok barangan masih ade.
- Manakala barangan kitar semula pula seperti surat khabar, plastik dan sebagainya akan diuruskan oleh SW Corp dan juga pulangan istimewa akan menanti para peserta.
Sebarang pertanyaan sila hubungi urusetia En. Mohd Sharipudin di talian 013-5021510 untuk penjelasan lanjut. sekian.
#kitajagakita
#covid-19
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#jaspahang
#jascameronhighlands
#harialamsekitarnegara
#alamsekitartanggungjawabbersama