Bagi memudahkan perancangan perjalanan dan mengetahui situasi terkini keadaan banjir terutamanya ketika musim tengkujuh, orang ramai digalak memuat turun aplikasi MyPublicInfoBanjir menerusi telefon pintar masing-masing.
Melalui aplikasi ini, terdapat 1,500 kawasan di seluruh negara yang dipaparkan data berkaitan seperti aras air sungai semasa dan info banjir secara tepat menerusi penempatan stesen telemetri hidrologi di kawasan berkenaan.
Sumber; Jabatan Penerangan Malaysia